Dikisahkan bahwa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia
sangat warak dan sangat khusyuk sembahyangnya. Namun demikian dia selalu
khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada
orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki
dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyuk.
Pada suatu hari
Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya:
"Wahai Aba Abdurrahman (Nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan
sembahyang?"
Berkata Hatim: "Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin."
Bertanya
Isam: "Bagaimana wuduk batin itu?" Berkata Hatim: "Wuduk zahir
sebagaimana biasa, yaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air.
Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:
* Bertaubat.
* Menyesali akan dosa yang telah dilakukan.
* Tidak tergila-gila dengan dunia.
* Tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia
* Meninggalkan sifat bermegah-megahan.
* Meninggalkan sifat khianat dan menipu.
* Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya
Hatim berkata: "Kemudian aku pergi ke Masjid, kukemaskan semua
anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan
aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka
di sebelah kiriku, malaikat maut
berada di belakangku. Dan
kubayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Shiratul
Mustaqim' dan aku menganggap bahwa sembahyangku kali ini adalah
sembahyang
terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini),
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa
dalam
sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud
dengan tawaduk (merasa hina), aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh
pengharapan dan aku memberi
salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun.
Apabila
Isam mendengar menangislah ia sekuat-kuatnya kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Logo Kabupaten Sukabumi Utara 01
-
[image: logo kabupaten sukabumi utara]
*Logo Kabupaten Sukabumi Utara versi 2*
9 tahun yang lalu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar